PRODUK SABUN AQURA
Jom Jadi Pengedar Aqura
Anda tercari-cari peluang perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan hasil yang memberangsangkan? Pada pendapat saya, ini adalah peluang terbaik buat anda. Produk aqura adalah produk yang unik dan diguna pakai sehari-hari.
Tetapi walau bagaimana bagusnya produk itu sekalipun, sekiranya tanpa usaha, saya sendiri yakin yang bisnes ini tidak akan menguntungkan anda. Bisnes yang berjaya adalah bagi mereka yang menggunakan sepenuh idea dan tenaga dalam mempromosikan apa yang diusahakan dengan jayanya. Jika anda mempunyai komitmen yang tinggi dan semangat yang kuat untuk berjaya, saya mengalu-alukan keahlian anda untuk kita sama-sama mencari rezeki di bidang ini. Dibawah adalah butiran ringkas tentang sabun Aqura.
Kuasa Karbon Teraktif di dalam sabun AQURA berkuasa menggetarkan sel darah 2000 kali seminit selepas dipakai.
Rahsianya terletak pada formula terkini karbon teraktif yang halus diimport dari Eropah. Ia berkuasa menghasilkan persekitaran yang diperkaya dengan ion negatif, menyerupai persekitaran air terjun dan sinaran inframerah yang memancar jauh, menyerupai cahaya mentari pagi. Maka, Aqura mampu menjadikan anda berasa segar dan tahan mengantuk selepas diguna.
Karbon, bahan yang diguna sejak zaman purba, mempunyai banyai kegunaan termasuk menghilangkan bau, agen pencuci dan bahan anti kulat. Ramai orang yang bermasalah kulit, rengsa dan masalah bau badan telah menemui penyelesaian dengan Aqura. Karbon mampun menyerap klorin dalam air, memberi anda rasa suci dan lembut.
Siapakah yang patut menggunakan Sabun Karbon Aqura?
. Pemandu jarak jauh
. Pemandu profesional
. Pekerja tiga syif
. Pelajar
. Golongan profesional yang memerlukan tumpuan penuh terhadap kerja mereka
. Mereka yang mudah mengantuk
. Pengawal keselamatan
Bilakah anda patut memakai Sabun Karbon Aqura?
. Sebelum memulakan perjalanan jauh
. Sebelum menghadiri mesyuarat atau kuliah panjang
. Sebelum memulakan projek yang memerlukan anda memberi perhatian penuh
. Selepas makan tengahariyang mengenyangkan
. Sebelum memulakan kerja syif malam
. Sebelum pergi ke sekolah, kolej atau universiti
. Sebelum memulakan ulangkaji peperiksaan
Fungsi sabun aqura :-
- Mencerahkan kulit dengan lembut
- Menghilangkan kegatalan dan bau badan
- Menyegarkan untuk jangka masa panjang
- Menghilangkan jerawat
- Melambatkan proses penuaan
- Pencuci bebas klorin
- Mampu menhilangkan ekzema
- Anti keradangan
- Membunuh kuman
Hanya 2 Minit Untuk Tahan Mengantuk! Cara menggunakannya :-
1. Buka gelang dan jam tangan anda.
2. Basahkan muka dan lengan. Gosok Sabun Aqura sehingga berbuih.
3. Sapukan buih sabun ke muka dan lengan dan biarkan selama 2 minit.
4. Bilas sabun dengan rata.

« back














